Thursday, April 20, 2017

melancong ke KOTA KINABALU hari kedua bersambung

Assalamualaikum semua.

1.0 Dari Kundasang kami menuju ke Ranau. ada dua distinasi utk kami tuju. Hot Spring Poring dan sg ( nama lupa ) katanya ikan kelah banyak dan bermain2 di kali bila masuk ke dalam sungai berkaitan. mula2 cari sungai dulu. hujan renyai.. rasa nya ada dalam 1/2 jam dari Kundasang.. sampai tersesat2.. bila terlalu awal masuk simpang . nasib baik cepat perasan dah tersilap.. terpaksa cari tempat utk U Turn . bila bertanya di bilik pengawal kata nya depan lagi.. rupa nya tak sampai 50 m baru simpang sebenar.

2.0 Bila sampai ke kawasan tu tak ada tanda atau papan kenyataan apa yg patut di buat.. tak tau kemana arah nak pergi.. tak ada siapa di luar. last bertanya sesaorang yg kebetulan lalu situ baru la tau kena beli tiket dan baru boleh drive park di kawasan yg di sediakan. Hujan semakin lebat. tapi kami terus juga menuju ke sungai. ada ramai orang sedang menunggu.. kena que ke? oo tidak kata seorang petugas, tuan boleh terus turun sambil menunjuk ke arah laluan ke sungai.

3.0 Dari jauh nampak ada beberapa kelompok ikan sedang mengerumui pengunjung yg masuk ke dalam air.. ajak mem dan kakak turun .. laju je geleng nya hehe nak juga experiance apa rasa nya bila ikan berkerumun di kaki... sebaik masuk ke dalam air ikan kelah yg besar2 tu mula rapat dan "menggigit2" kaki... aduhh geli tak boleh tahan... tapi kena juga bertahan ... makin banyak ikan datang makin geli rasanya.. itu bertambah suspen kakak tengok hehe.. geram dengan ikan2 tu kalau lah boleh di tangkap.. buat masak lomak sodap tu hehe.. tapi amaran ada di letak di merata tempat di larang menangkap ikan. tempat ini di bawah seliaan jab pertanian Sabah.

4.0 Oleh kerana hujan masih turun tak boleh nak duduk lama bermesra dengan ikan2 tu.. tak sampai sejam kot kami beredar dari situ menuju ke Poring hot spring.. tapi bila sampai hujan masih lebat . kata nya bila hujan lebat tak guna masuk hot spring tu... tak ada rezeki nampak nya so kami teruskan perjalanan ke KK semula.






auww !!









boleh pegang tak boleh tangkap












geram tengok ikan ni..






kapel dari kucing


special tentang round about kat KK ni semua roundabout ada skuptur di tengah2 nya dengan belbagai struktur yg di pamirkan.



Oleh kerana hujan masih lebat cadangan ke hot spring di batal kan kami terus ke KK. jalan berkabus bila balik arah ke KK jarak penglihatan terhad.. kena lah selow je 




lunch kat jetty masih hujan..

sebelah malam sepatut nya dinner seafood bersama kawan kakak , tapi oleh kerana hujan lebat jalan dari kawasan rumah dia ke KK tak boleh di lalui so tak jadi lah nak dinner bersama, tapi dia ada syorkan satu restoren tak jauh dari hotel tempat kami menginap. kata nya lebih murah dan lebih sedap dari tempat yg kami nak pergi.. Malam tu kami turun lah cari, bila dah jumpa kami tak jadi masuk.. masing masing merasa ragu2 ehh betul ke ni restoren yg di cadangkan. ?? tak nampak tanda2 restoren ni HALAL tapi tanda sebalik nya lebih banyak.. so kensel. 

Sambil beredar dari tempat tu berjumpa dengan seorang yg berniaga di kawasan tu.. Tanya lah dia kat mana nak cari restoren seafood yg halal, dia pun bangun dan ajak kami ikut , tak jauh dari restoren yg kami jumpa sebelum nya, kata nya kedai ni HALAL, ramai yg makan kat sini .. Tapi tidak bagitu menyakinkan kami. rupanya area yg sama ada beberapa lagi restoren seafood.. kensel lagi.. last last tanya dia ada food court Melayu tak sekitar ni.. dia pun menunjuk ke arah hujung jalan, kata nya kat sana banyak gerai melayu.. tapi gerai la bukan restoren.. Setelah mengucapkan terima kasih kami pun beredar..

Memang pun banyak gerai2 melayu yg berniaga kat situ.. alhamdulilah.. tak ada rezeki nak ber seafood nampak nya rezeki makanan gerai biasa je.. 

BERSAMBUNG

No comments: