Saturday, April 8, 2017

Trip to Turki : hari ke Enam Cappadocia - Angkara 273km Bolu 186km

Assalamualaikum ..

1.0 Apa kabar semua.. anda masih bersama saya.. haha kalau dah bersedia jom kita teruskan perjalanan. Nak tau dah berapa km kami dah travel .. jelajah seantero negara TURKI ni.. 1296 km.. wow jauh tu.. ini baru masuk hari ke enam.. ada banyak KM lagi lepas ni.. lebih kurang macam ni la.. Bila pelancong datang ke malaysia, turun je dari KLIA kita bawa ke Melaka kemudian ke Johor Bahru, ke Kuantan, Trengganu Kelantan...pe PPinang lasttt baru balik KL shopping kat jalan TAR hehe.. lepas tu dia komplain kenapa sekejap sangat kat jalan TAR.. tak puas shopping hehe.

2.0 Distinasi pertama kami OTW ke Angkara ialah Tasik Garam. Tasik TUZGOLU merupakan tasik air masin terbesar di dunia, tasik kedua terbesar di TURKI. berkeluasan 1665 sq km. terletak di tengah Anatolia, 150km dari Angkara. Sebenarnya tasik ni cetek sahaja, kedalaman nya antara 1 ke 4 kaki je.. laaa kalau tau mau juga mengharung sampai ke tengah tasik tu hehe.. Pada musim panas tasik ni kering.. masa ni la garam di keluarkan dari dasar tasik.. dan masa musim sejuk air nya sekitar 0.3 meter je.. Disini lah pusat memproses garam terbesar di Turki, garam di gunakan utk makanan ubat2an dan mencuci muka.. Hasil garam ini juga menjadi export utama TURKI.. banyak jasa tasik ni kat negara TURKI. 


gambar kenang2an di tepi tasik..


tak ramai yg datang ke tepi tasik atau lambat sampai ke tepi tasik.. mereka semua di perangkap terlebih dahulu oleh jualan cenderahati yg terpaksa di lalui sebelum sampai ke tasik.. pandai orang TURKI pasang perangkap.. hehe


macam mana tak tergoda sebelum ke tasik terpaksa melalui gerai jualan pelbagai cenderahati. kalau tak pandang jeling pun dah boleh terpikat hehe.. tapi yg tabah dan gigih akan sampai ke tasik terlebih dahulu.. hehe


satu lagi kenangan bersama..


3.0 kenal kan ini lah bas yg membawa kami setiap hari mengembara di seantero TURKI. bas yg selesa, driver yg professional dan kami cukup selesa di sepanjang perjalanan. Masuk je bas yg kat belakang tu dah sound... WiFi plissssss.. jangan ada masa terluang mesti nak ber WiFi. 




papan tanda menuju ke TASIK GARAM


saujana mata memandang


 tak sangka tasik ni cetek je rupa nya.. tapi berani ke nak harung.. takut keluar terus jadi ikan masin hehe


dah macam adik akak...





nampak tak tetiba ada yg nak menyelit 
kat belakang tu..


bagi lah dia menyelit kan hehe nangis kang 
sape nak pujuk hehe



nampak tak garam tu.. tak berani nak test 
masin ke tak hehe


4.0 di mana mana nampak garam.. tak terbayang bila musim panas setasik garam utk di keluarkan.. mesti berlori2 garam yg di korek keluar.. Garam yg di keluarkan ada lah utk kegunaan tempatan dan merupakan export penting TURKI. tak jumpa pulak gambar aktiviti melombong garam. Ada sesiapa yg jumpa tak hehe.


tapi bagaimana air tasik ni jadi masin??? 
siapa tau??


abah berpijak di bumi masin..

MUSTAFFA KAMAL ATATUK

5.0 Sebut saja nama Mustafa Kamal Atatuk semua orang kenal semua orang boleh bayangkan orang di macam mana, atau sekurang2 nya nama tu sangat familiar.. Seluruh umat Islam di mana saja kenal siapa Mustaffa Kamal. Bagaimana dia merobohkan institusi kesultanan Turki dengan bantuan barat dan menukar Turki kepada Republik. Mustafa kamal juga mengubah tulisan arab kepada roman dengan alasan ada perkataan TURKI yg tidak boleh di eja dengan bahasa arab. Walaubagaimana pun nama Mustafa Kamal bermain di bibir setiap rakyat Turki dari dulu sehingga sekarang... Siapa Mustaffa Kamal. ???

6.0 Mustafa Kamal merupakan seorang pegawai tentera TURKI, seorang pejuang revolutionary, dan pengasas Republik of TURKI. Beliau menjadi Presiden TURKI yg pertama dari tahun 1923 sehingga akhir hayat 1938. Mustaffa kamal lahir pada 19hb Mei 1881 Di zaman Empire Ottoman dan meninggal pada 10hb Oct. 1938 Di Dolmabahce Palace, TURKI. dan di kebumikan pada 10 Nov. 1953 !!!. 


7.0 di sini Mustaffa Kamal di kebumikan sebuah bangunan yg nampak gah dan besar. Kami tak naik ke atas tu.. hanya melalui di satu terowong di dalam bangunan utk melihat pamiran dalam muzium, dan tidak di benar kan mengambil gambar di dalam tu.. keadaan lampu pun suram je sesuai dengan tempat dan larangan bergambar. Pengawal yg berpakaian sut lengkap nampak segak gagah dan bersedia menerkam sesiapa saja yg melanggar peraturan hehe.. 



8.0 Kompleks makam dan Muzium Mustaffa Kamal ini sangat luas dan di kawal ketat. Bas rombongan kami tidak di benarkan masuk, Kami semua terpaksa turun dan melalui pemeriksaan ketat macam nak naik kapal terbang tu, dan beg besar tidak di benarkan di bawa masuk. Setelah melalui pemeriksaan rapi kami menunggu shuttle utk di bawa masuk ke perkarangan kompeks. Kalau nak jalan kaki ke atas tu boleh juga.. Kompek ini terletak di atas bukit dalam sebuah taman yg di jaga rapi. 


9.0 Mustaffa bermaksud manusia pilihan kamal bermaksud sempurna . nama asal nya Mustafa Kamal Pasha.. ( Tak ada kaitan dengan pasha sanda ni hehe) dia di beri nama Atatuk bermakna bapa Rakyat TURKI. Ada pelbagai cerita tentang Mustafa Kamal ini dan saya tidak bercadang utk menghuraikan nya satu persatu . Tuan tuan boleh rujuk sendiri dengan pakcik google.. Apa yg saya lihat atau sekurang2nya dari mulut penandu pelancong, mereka masih mengagong2kan kan Mustafa Kamal. sebagai pemimpin. Apa yg saya lihat di kawasan komplek menggambarkan perkara yg sama. 















10.0 lihat lah kanak kanak Raibina kemana pergi mesti nak melompat..hehe jangan marah no dan semacam dah menjadi tren jenerasi Y suka melompat.. rata rata kalau kita baca catitan di mana mana blog akan terjumpa aksi melompat ni. Tapi jangan suruh abah melompat takut terlucut seluar nanti hehe.. biar lah mereka anak muda (ehh muda ke semua tu??) melakukan nya.. tapi mereka kata tidak sesuai melompat di sini, sini bukan tempat utk bersukaria.. hehe.. bila kanak2 raibina ni nak mengulangi lompatan kijang masing2.. dengan segera seorang pengawal yg tampan datang menegur.. no lompat lompat..!! kan dah kena sound hehe 




puas uwan pujuk baru la nak 
dukung hehe





tertarik dengan rekabentuk arc tu.. walau di larang mengambil gambar tapi nak juga sekeping dua.. tempat yg ada pengawal jangan buat2 










11.0 Distinasi akhir kami ialah BOLU, bukan pengakhir lawatan tapi berakhir utk hari ini. BOLU ada lah sebuah bandar yg terletak di atara ANKARA dan ISTANBUL. Disini juga terdapat sebuah resort ski, Kartakaya . Kami di beri pilihan sama ada terus ke Istanbul atau singgah di Kartakaya.. bila mendengar nak ke resort salji semua setuju..!!.. but bukan free kena bayar sorang tak ingat berapa ada dalam 20 USD kot.. 

12.0 Alamak mana nak cekau USD , ramai yg mengeloh tak ada USD , lira banyak la RM pun ada hehe.. dalam hiruk piruk mencari jalan keluar , tak pergi nanti rugi.. jumpa salji seketul pun dah bagitu teruja inikan pulak nak ke tempat bermain salji.. rugi yg teramat sangat kalau tak pergi.. tiba2 abang LANG muncul dengan penyelesaian.. "Biar saya bayarkan dahulu utk semua orang.. lepas tu kena la bayar balik..."(tapi dalam lorat ganu la)  fuhhh lega . abang lang jadi penyelamat.. Abang Lang jadi Hero. semua berterima kasih dengan abang lang.. HERO muncul di saat genting hehe.. 

13.0 Sebelum ni timbul juga situasi yg sama, nak naik belon kena bayar 200 USD sorang. Saya dengan mem awal2 lagi kata tak minat.. congak congak dekat seribu sorang.. yang lain pun ramai yg tak nak seribu tu macam boleh shopping kat ISTANBUL nanti.. 

14.0 so kami pun OTW ke Kartakaya ...... ooops bukan hari ni esok je lah kita kesana hehe

BERSAMBUNG..   









1 comment:

Azian Elias said...

makin mahal dan mahal sebab our ringgit kan..
dekat 900 tu..