Monday, September 4, 2017

Ke Langkawi lagi ?

Assalaamualaikum.. 

Sekali lagi kami dapat bercuti bersama di tempat yang sama.. cuma yg berbeza bagaimana kami ke sana dan di mana kami menginap.. Bila mem di pelawa Sapina utk bercuti bersama dia terus bersetuju hehe.. apa lagii mulalah mengatur langkah.. mencari tiket penerbangan dan homestay utk tinggal sepanjang percutian. Perancangan berlaku sebulan sebelum tarikh penerbangan.. terima kasih Iyra dan Rose Baiduri yg membantu.

Sebagaimana di janjikan pada 2hb Ogos kami memulakan perjalanan ke Langkawi. Yang kelakar nya saya book limosin jam 9.00 pagi konon nya flight jam 1.00 pm sekali bila tengok booking slip .. rupanya flight sebelah petang hehe.. nasib baik perasan awal kalau tak tersadai berdua di airport hehe.




sejurus sebelum boarding 
sempat lagi selfie tu..


ready to fly.. 



pemandangan indah 
matahari terbenam.


baru sampai.. 

last kami datang sini naik ferry dari Kuala Perlis, tapi kali ni guna MAS pulak. penat nak drive .. dan utk kali ni juga kami gunakan perkhidmatan ROSE BAIDURI utk sediakan homestay dan transport utk kami. tapi drive sendiri la.. sebuah rumah tak jauh dari Pantai Cenang mempunyai 3 bilik tidur satu bilik air ruang tamu dan dapur (kalau nak masak la) Bila bercuti berkumpulan ni kami lebih suka duduk di homestay, senang semua berkumpul senang nak berborak dan berbincang strategik utk jalan jalan esok nya atau golak golak buat postmotem perjalanan yg telah di lalui hehe..

Hari pertama sampai tak banyak aktiviti. bila sampai terus ke homestay dulu.. nak refresh dulu sebelum kluar dinner . Dinner pun yg simple simple je.. sebab masing masing nak kejar bantal dulu hehe.

ESOK NYA

Program di janjikan bermula jam 9.00 pagi.. konon2nya nak pegi island hopping.. sementara menunggu Baiduri sampai kami kluar mencari sarapan.. jumpa lah satu gerai ni menjual beranika makanan yg telah siap di bungkus.. 


murah je kan ?


nasi lemak ada meehoon apa isi 
dalam tu kena tengok kod yg di tulis hehe


kueh mueh pun ada

Seperti di rancang Rose Baiduri bawa kami ke jeti utk menaikki bot utk island hopping.. dalam van semua bersemangat nak pergi .. maklumlah pengalaman pertama .. oo lupa nak bagi tau kami holiday ni berlapan.. nak book kereta tak cukup sebiji maka kami pun book Van pandu sendiri.. siapa nak pandu ni ?? tak lain dan tak bukan saya lah.. bakal driver UBER la katakan hehe..


di sini la sepatutnya kami 
naik bot


nampak macam penuh sesak 
je bot tu hehe


aktiviti ni kami perati dulu dari 
tebing atas tu..






ada yg ngeri bila tengok bot penuh macam ni.. 
forbia laut menerpa ke sanubari masing masing hehe




akhirnya kata sepakat di persetujui.. kalau tak berani tak payah lah kita teruskan aktiviti ini.. kita boleh tukar ke plan B.. hehe .

Plan B tu ke mana ?? tunggu esok je lah ya hehe.. 



1 comment:

Roslan said...

Slalu abah zino p mlancong ke?